Thursday, March 12, 2020

MPU23052 : SAINS TEKNOLOGI KEJURUTERAAN DALAM ISLAM


 NAMA AHLI KUMPULAN
1. MOHD IZWAN BIN AWANG NOH (07DUB19F1049)
2. MOHD IRWAN BIN JAPARAN (07DUB19F1015)
3. MOHAMMAD FAIZ AIMAN BIN MOHD FAUZAN TECHONG (07DUB19F1014)
4. MOHD NAJEEB FAHIM BIN SAMSUL (07DUB19F1019)
5. MOHAMMAD HANI NAZMI BIN JAMIN (07DUB19F1022)


  Assalamualaikum dan salam sejahtera, kami dari DUB2A ingin berkongsi ilmu tentang manfaat senjata nuklear serta kemudaratannya pada zaman ini. Sebelum kita lebih lanjut lagi adakah anda mengenali senjata nuklear ? dan apa manfaat yang boleh diguna pakai oleh tenaga nuklear.

  Senjata nuklear adalah senjata yang mendapat tenaga dari tindak balas nuklear dan mempunyai kuasa pemusnah yang besar. Sebiji bom nuklear mampu memusnahkan sebuah bandar. Senjata nuklear hanya dua kali digunakan dalam sejarah dunia iaitu dalam Perang Dunia II oleh Amerika Syarikat terhadap bandar-bandar Jepun iaitu Hiroshima and Nagasaki.
Negara kuasa nuklear adalah Amerika SyarikatRusiaUnited KingdomPerancisRepublik Rakyat ChinaIndia dan Pakistan. Selain itu, negara Israel dipercayai mempunyai senjata nuklear, walaupun tidak diuji dan Israel enggan mengisytiharkan sama ada ia memiliki senjata nuklear ataupun tidak. Lihat senarai negara dengan senjata nuklear untuk lebih terperinci.

KEBAIKAN DARI SEGI SAINS :
  Pertama kebaikannya ialah meningkatkan kecekapan bidang perubatan. Contohnya, CAT scan, laser, sinar -x digunakan untuk diagnosis penyakit atau kecedaraan dalaman. selain itu Kobalt 60 untuk rawatan kanser dan Radioisotop fosforus untuk rawatan tumor otak. Tanpa nuklear bidang perubatan akan kekal menghadapi masalah merawat penyakit kronik. Oleh itu, Penggunaan nuklear meningkatkan taraf kesihatan dan taraf hidup manusia.
  Kedua ialah dapat memajukan bidang pertanian seperti Penemuan GMF (Geneticaly Modified Food). Penemuan ditemui dengan kaedah nuklear yang menghasilkan tanaman yang tahan penyakit, meningkatkan produktiviti, tahan cuaca. selain itu sinar gamma dapat memandulkan serangga perosak dan berguna dalam R&D pertanian. contohnya dapat mengesan pengambilan baja oleh tumbuh-tumbuhan

KEBURUKAN DARI SEGI SAINS:
Pertama, nuclear boleh mengancam kesihatan manusia dimana risiko kemalangan boleh berlaku iaitu seperti yang kita tahu , jepun pernah mengalami satu kemalangan tentang kebocoran yang berpunca daripada tsunami iaitu di Fukushima. Manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan ini boleh terdedah kepada radiasi. Ini boleh menyebabkan manusia dan haiwan boleh pupus kerana mati dan tanah yang terdedah kepada nuklear ini dapat menyebabkan tanah tidak lagi subur dan tidak boleh digunakan lagi.

Selain itu juga, nuklear boleh menyebabkan belakunya peperangan antara negara-negara besar. Senjata nuklear boleh mengakibatkan satu ancaman besar kepada nyawa-nyawa yang tidak bersalah seperti kanak-kanak yang tidak berdosa. Seperti yang kita tahu , semasa perang dunia kedua pengeboman di Hiroshima menyebabkan banyak orang jepun terkorban. Ini menyebabkan bumi asia melarang atau tidak bersetuju dengan tenaga nuklear dan senjata nuklear.

DARI SEGI ISLAM
Kewujudan nuklear sebenarnya telah tertulis didalam Al-Quran dalam surah AL-Hadid dimana maksud Al-Hadid itu sendiri ialah logam besi, Firman Allah dalam surah AL-Hadid ayat 25 “ pada besi itu, terdapat kekuatan yang amat kuat yang boleh memusnahkan manusia”. Sejarah telah membuktikan bahawa tenaga nuklear ini cukup berbahaya dan membuktikan bahawa ayat ke 25 surah Al-Hadid itu adalah benar sepertimana yang berlaku di Hiroshima dan Nagasaki. Tenaga nuklear mampu menjadi sumber penjanaan kuasa elektrik dalam sebuah negara.
Islam merupakan salah satu agama samawi yang dengan kitabnya Al-Quran memberikan informasi tentang alam semesta dan segala manfaatnya diciptakan Allah SWT tidak dengan sia-sia .Telah dijelaskan di dalam al-Quran surah Al Hadid ayat 25 iaitu “Telah Allah tuunkan logam, yang padanya terdapat kekuatan yang dahsyat dan dapat dimanfaatkan untuk kemaslahatan manusia.”Pada ayat tersebut, tidak dijelaskan  tentang nuklear .Namun terdapat isyarat yang sangat dalam dan penuh makna, iaitu logam, kekuatan dahsyat dan kemaslahatan manusia.

KEBAIKAN DARI SEGI ISLAM:
Dapat melakar gerun dimata bangsa lain. Kerana kita mungkin dapat membuktikanbahawa orang islam juga setanding dengan mereka dalam bidang pertahanan. Selain itu, Menjana kuasa dalam sesebuah Negara seperti penjanaan kuasa eletrik merupakan teras pembangunan sesebuah negara itu. Sekiranya penjanaan kuasa eletrik iu kurang, maka pembangunan sesebuah negara itu akan terencat kerana tidak dapat meneruskan kehidupan harian dengan sempurna.

KEBURUKAN DARI SEGI ISLAM :
Perlumbaan senjata nuklear, Dunia diancam peperangan semjata kimia dan bom atom kerana senjata nuklear dapat memusnahkan dunia dalam skala yang besar. Selain itu, Pengunaan senjata ini juga dapat memutuskan silaturahim antara saudara- saudara islam kerana ingin merebutkan kuasa pemenrintahan, malah dapat mencacatkan seseorang manusia sekiranya mempunyai genetik yang sudah terkena serpihan senjata nuklear pada perang dunia yang ke II.

Tenaga yang dibebaskan daripada senjata nuklear diletupkan dalam troposfera boleh dibahagikan kepada empat kategori asas:

Letupan—40–50% daripada jumlah tenaga
Sinaran terma—30–50% daripada jumlah tenaga
Sinaran pengionan—5% daripada jumlah tenaga (lebih dalam bom neutron)
Sinaran sisa—5–10% daripada jumlah tenaga dengan jisim letupan
Bergantung kepada reka bentuk senjata dan persekitaran di mana ia diletupkan, tenaga yang diedarkan ini boleh bertambah atau berkurangan. Kesan letupan dicipta oleh gandingan jumlah tenaga yang besar, yang merangkumi spektrum elektromagnet, dengan persekitaran. Lokasi seperti bawah laut, permukaan, letusan udara, atau ekso-atmosfera menentukan berapa banyak tenaga yang dihasilkan sebagai letupan dan berapa banyak sebagai sinaran. Secara umum, medium yang lebih padat sekitar bom, seperti air, menyerap lebih banyak tenaga, dan mewujudkan gelombang kejutan lebih kuat dan pada masa yang sama menghadkan keluasan kesannya.

Apabila letusan udara berlaku, skala kesan letupan dan haba maut berkadaran lebih cepat berbanding kesan radiasi maut. Mekanisme kerosakan fizikal senjata nuklear (letupan dan radiasi haba) adalah sama dengan bahan letupan konvensional, tetapi tenaga yang dihasilkan oleh letupan nuklear adalah berjuta-juta kali lebih kuat per gram dan suhu yang tercapai adalah secara ringkas dalam berpuluh-puluh juta darjah.